Penemuan terkini tapak prasejarah di Lembangan Sungai Nenggiri

Zuliskandar Ramli, (2019) Penemuan terkini tapak prasejarah di Lembangan Sungai Nenggiri. Jurnal Arkeologi Malaysia, 32 (1). pp. 1-20. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Lembangan Sungai Nenggiri yang terletak di Hulu Kelantan mempunyai banyak tinggalan-tinggalan warisan kebudayaan yang mana antaranya ialah tapak-tapak arkeologi zaman prasejarah dan protosejarah. Tapak-tapak ini amat signifikan dalam perkembangan sejarah di negeri Kelantan terutamanya tapak yang terkenal antaranya Gua Cha dan Gua Chawas yang menonjolkan artifak yang membentuk kronologi sejarah awal negeri Kelantan. Projek empangan hidro-elektrik yang dicadangkan dibina di Hulu Kelantan akan menyebabkan beberapa tapak arkeologi zaman prasejarah ini akan ditenggelami oleh air. Sehubungan dengan itu satu survei yang sistematik telah dijalankan untuk merekodkan data tapak-tapak sedia ada dan juga tapak-tapak baru yang terdapat di lembangan Sungai Nenggiri yang terkesan akibat daripada pembinaan empangan hidro-elektrik itu tadi. Kajian atau survei yang telah dilakukan ini juga telah menemukan tapak-tapak arkeologi prasejarah yang baru yang mana ada di antaranya mempunyai potensi arkeologi yang tinggi. Tapak-tapak ini adalah berdekatan dengan Pos Pulat manakala ada di antaranya berdekatan dengan Empangan Utama (Main Dam). Antara tapak-tapak baru yang ditemui antaranya ialah Gua Keledung, Gua Cahaya, Gua Kecil (Batu Tambah), Gua Lubang Kelewar (Batu Tambah), Gua Perdang, Gua Rahmat dan Gua Kemiri yang terletak di Gunung Kemiri yang berdekatan dengan Empangan Utama. Di antara gua-gua tersebut, Gua Lubang Kelawar, Gua Kecil, Gua Kemiri, Gua Perdang dan Gua Keledung mempunyai potensi arkeologi yang tinggi. Antara artifak permukaan yang ditemui adalah alat-alat batu, serpihan tembikar tanah dan sisa makanan seperti siput sedut. Tiga buah gua iaitu Gua Kelew, Gua Kecil (Batu Tambah) dan Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah) mempunyai lukisan gua yang amat menarik. Lukisan gua daripada arang yang ditemui di ketiga-tiga buah gua tersebut adalah lebih banyak berbanding gua-gua yang pernah direkodkan. Gua-gua lain seperti Gua Rahmat, Gua Air dan Gua Janggut tidak mempunyai potensi arkeologi yang tinggi. Hasil survei telah menunjukkan bahawa masih banyak lagi tapak yang berpotensi untuk kajian arkeologi wujud di lembangan Sungai Nenggiri ini dan kajian intensif sedang dijalankan untuk mengumpul segala maklumat untuk kepentingan warisan arkeologi negara.

Item Type:Article
Keywords:Prasejarah; Hulu Kelantan; Sungai Nenggiri; Gua Cha; Warisan arkeologi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14281
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 03:47
Last Modified:18 Feb 2020 01:25

Repository Staff Only: item control page