Gua Lubang Kelawar Batu Tambah, Hulu Kelantan: tinggalan petempatan manusia

Wan Noor Shamimi Wan Azhar, and Zuliskandar Ramli, and Azimah Hussin, (2019) Gua Lubang Kelawar Batu Tambah, Hulu Kelantan: tinggalan petempatan manusia. Jurnal Arkeologi Malaysia, 32 (2). pp. 45-57. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
833kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Gua Lubang Kelawar Batu Tambah merupakan sebuah tapak prasejarah yang terletak berhampiran dengan perkampungan orang asli di kawasan Hulu Kelantan. Tapak ini dikenalpasti sebagai sebuah tapak yang berpotensi sewaktu tinjauan awal yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli dan pelajar sarjana dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Disember 2016. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti persekitaran dengan jumpaan artifak di gua tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini lebih berfokus kepada kaedah ekskavasi arkeologi yang berasaskan kepada sistem grid. Fokus kajian ini ialah berkaitan dengan jumpaan artifak, ekofak serta lukisan gua yang menjadi bukti kepada penempatan masyarakat prasejarah dan masyarakat orang asli di Gua Lubang Kelawar Batu Tambah. Artifak yang ditemui ialah alat batu seperti kapak, batu pelandas, pengikis, alat penetak, pahat, batu pemukul dan puingan serta jumpaan pecahan tembikar tanah yang tidak bermotif serta yang bermotif cord mark. Penemuan ekofak yang dipercayai sebagai sisa makanan pula ialah seperti cangkerang siput dan tulang haiwan serta penemuan lukisan gua yang bermotif antropomorfik, zoomorfik, flora dan abstrak. Dengan adanya jumpaan artifak, ekofak dan lukisan gua telah menjadi bukti bahawa Gua Lubang Kelawar Batu Tambah pernah digunakan oleh masyarakat prasejarah serta turut digunakan oleh masyarakat orang asli.

Item Type:Article
Keywords:Gua Lubang Kelawar; Artifak; Alat batu; Ekofak; Kelantan; Lukisan gua
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14290
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2020 01:29
Last Modified:21 Feb 2020 01:43

Repository Staff Only: item control page