Kata “kesangatan” dalam frasa adjektif dialek Terengganu

Nur Sufiah Azmi, and Maslida Yusof, (2020) Kata “kesangatan” dalam frasa adjektif dialek Terengganu. Jurnal Melayu, 19 (1). pp. 124-148. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
814kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264

Abstract

Dialek Terengganu (DT) ialah salah satu dialek yang terdapat di Semenanjung. Dialek ini dituturkan oleh masyarakat yang tinggal di Terengganu dan juga masyarakat Terengganu yang telah berhijrah ke tempat lain apabila berkomunikasi sesama mereka. Frasa adjektif pula ialah salah satu frasa daripada empat golongan frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam frasa adjektif itulah terdapat frasa adjektif “kesangatan” seperti sangat baik, amat jahat dan bagus sekali. Golongan frasa itu juga terdapat dalam dialek Terengganu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Terengganu, pasangan kata yang membentuk frasa adjektif tingkat “kesangatan” agak unik dan berlainan dengan bahasa Melayu standard (BMS) seperti [busuɁ kɔhoŋ], [mɛɣɔh ɲaler] dan [udoh səpaŋ]. Pasangan seperti itu tiada dalam bahasa Melayu standard. Namun begitu, dari segi makna pasangan kata tersebut juga mendukung makna kesangatan seperti kata penguat dalam bahasa Melayu standard. Oleh itu, dalam kajian ini akan mengupas tentang frasa adjektif “kesangatan” dalam DT. Kajian dibataskan kepada dialek Kuala Terengganu di Kampung Bharu Serada. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui temu bual dan kaedah ke perpustakaan. Hasil kajian mendapati kata kesangatan yang hadir dalam DT hanya muncul di belakang kata adjektif. Selain itu, kata kesangatan dalam DT juga bersifat tidak produktif kerana hanya hadir pada satu kata adjektif sahaja atau kata adjektif tertentu sahaja. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati kata kesangatan yang membentuk frasa adkjetif “kesangatan” DT sangat unik dan berbeza dengan bahasa Melayu standard.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; Dialek Melayu Terengganu; Frasa adjektif kesangatan; Kata adjektif; Kata penguat
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14806
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 08:04
Last Modified:30 Jun 2020 01:23

Repository Staff Only: item control page