Tahap amalan pengajaran berkesan guru Prinsip Perakaunan berasaskan model Slavin

Noor Lela Ahmad, and Nur Afrina Haziqah Azman, (2020) Tahap amalan pengajaran berkesan guru Prinsip Perakaunan berasaskan model Slavin. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1). pp. 53-62. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1250

Abstract

Keberkesanan pendidikan bergantung kepada kualiti dan kompetensi seseorang guru, memandangkan guru adalah unsur terpenting dalam proses pembelajaran. Kajian tinjauan ini mengenalpasti tahap amalan pengajaran berkesan guru-guru Prinsip Perakaunan di daerah Kuantan berdasarkan Model Pengajaran Berkesan oleh Slavin dari perspektif pelajar perakaunan. Sebanyak 76 orang pelajar perakaunan dari tiga buah sekolah menengah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah persampelan kuota. Soal selidik telah dibina dan digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data mengenai amalan pengajaran berkesan guru daripada empat aspek, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, pemberian insentif dan pengurusan masa. Data kajian telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran berkesan guru dari keempat-empat aspek berada pada tahap sederhana tinggi, di mana guru-guru cenderung menguruskan masa pengajaran dengan efektif, menggunakan kaedah peneguhan positif dan negatif bagi memotivasi pelajar dan berkemahiran dalam menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran yang berkualiti serta bersesuaian dengan tahap pelajar. Kajian ini menyumbangkan perspektif pelajar terhadap amalan pengajaran guru yang dapat dijadikan salah satu daripada penanda aras keberkesanan guru berbanding penanda aras yang lain, di mana ianya harus diambil perhatian kerana pelajar merupakan penerima kepada penyampaian pengajaran guru yang mana maklum balas mereka perlu dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Amalan pengajaran berkesan; Model Slavin; Prinsip Perakaunan; Pengajaran dan pembelajaran; Perspektif pelajar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15246
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 01:49
Last Modified:22 Sep 2020 04:23

Repository Staff Only: item control page