Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, and Mohd Anuar Ramli, (2020) Pentakrifan kearifan tempatan: suatu sorotan. Jurnal Melayu, 19 (2). pp. 175-188. ISSN 1675-7513
|
PDF
456kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344
Abstract
Perbincangan berkaitan kearifan tempatan (local wisdom) telah lama beredar dalam kalangan akademia. Istilah kearifan tempatan digunakan dengan maksud yang berbeza. Ada penulis yang menyamakan kearifan tempatan dengan kepandaian tempatan (local genius) dan keilmuan tempatan (local knowledge). Ada juga penulis yang membezakan antara kearifan tempatan dengan keilmuan tempatan tetapi menyamakan takrif kearifan tempatan dengan kepandaian lokal. Di samping itu, terdapat sarjana yang mentakrifkan kearifan tempatan dengan budaya. Pendefinisian yang berbeza ini melahirkan natijah yang berbeza pada kajian yang dijalankan. Sehubungan itu, kajian ini akan melakukan sorotan literatur terhadap penulisan-penulisan berkaitan kearifan tempatan dan mengklasifikan semula pendefinisian terhadap kearifan tempatan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini mengaplikasi kajian kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada literatur berkaitan kearifan tempatan. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara deduktif bagi merumuskan pendefinisian makna kearifan tempatan. Hasil dapatan kajian ialah menunjukkan definisi kearifan tempatan berbeza dengan kepandaian tempatan dan keilmuan tempatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya; Hikmah; Ilmu; Tempatan; Tradisi |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 15527 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Nov 2020 02:15 |
Last Modified: | 04 Nov 2020 13:49 |
Repository Staff Only: item control page