Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Nur Ain Darol Baha, and Mustazar Mansur, and Mohd Adib Ismail, (2020) Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (2). pp. 13-23. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
457kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1348

Abstract

Kajian kebolehpasaran graduan adalah penting untuk menentukan sama ada program pengajian yang ditawarkan dapat menyediakan graduan yang kompetitif dalam pasaran kerja sebagai salah satu penandaaras keberkesanan. Kajian tinjauan ini menentukan kesan komponen ijazah, pengalaman bekerja, kemahiran generik serta pengurusan emosi terhadap pembelajaran pembangunan kerjaya yang mencerminkan tahap kebolehpasaran dalam kalangan 212 graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data dianalisis menggunakan Analisis Pemodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Didapati bahawa komponen ijazah, kemahiran generik dan pengurusan emosi mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara signifikan, manakala komponen pengalaman bekerja mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara tidak signifikan. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian disediakan dengan pengetahuan akademik, kemahiran insaniah dan pengurusan emosi yang cukup, tetapi kurang dibekalkan dengan pengalaman bekerja untuk memasuki alam pekerjaan. Implikasinya, Kementerian Pendidikan Tinggi, institusi pengajian dan industri perlu bekerjasama dalam menangani masalah kekurangan pengalaman bekerja dalam kalangan graduan dengan menyediakan beberapa program wajib serta latihan industri yang lebih komprehensif yang dapat mendedahkan pelajar dengan kerjaya mereka sebagai langkah untuk meminimumkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehpasaran graduan; Model CareerEDGE; PLS-SEM; Pembelajaran pembangunan kerjaya
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:16317
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Mar 2021 03:30
Last Modified:19 Mar 2021 01:04

Repository Staff Only: item control page