Sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura

Ammar Asyraf Mansor, and Sa’adiah Ma’alip, (2020) Sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img] PDF
490kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Kajian ini meneliti secara empirikal sikap bahasa, pemilihan serta penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu di Singapura. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti serta meniliti faktor-faktor pelajar Melayu di Singapura tidak memilih dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Kajian ini turut dijalankan untuk melihat sifat keprihatinan serta kepekaan pelajar terhadap langkah-langkah inisiatif yang wujud dipersekitan mereka. Ini disebabkan pelajar Melayu di Singapura pada abad ini jarang menggunakan bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi. Oleh demikian kajian ini dapat menyedarkan para pelajar serta memberi sumbangan dalam bentuk maklumat kepada kementerian pendidikan di Singapura. Pengkaji menjalankan kajian di Singapura dengan berpandukan kepada ulasan kosa ilmu daripada pengkaji-pengkaji terdahulu. Penelitian terhadap sikap bahasa ini memanfaatkan pendekatan aspek sosiolinguistik. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini. Untuk itu, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik iaitu dengan mengedarkan sebanyak 120 borang soal selidik untuk diisikan oleh pihak responden berumur dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun ke atas. Kaedah pemerhatian dan juga kaedah rakaman turut digunakan ketika temu bual berlangsung. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS untuk menguji kesignifikan objektif yang telah dibentuk. Hasil kajian mendapati bahawa sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura adalah berbeza-beza mengikut angkubah-angkubah yang telah ditetapkan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai sikap bahasa yang positif terhadap bahasa Melayu. Sikap bahasa yang positif ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mendapat tempat dan kedudukan yang tinggi dalam kalangan pelajar bangsa Melayu di Singapura.

Item Type:Article
Keywords:Sosiolinguistik; Sikap bahasa; Penggunaan bahasa; Bahasa Melayu; Melayu Singapura
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16619
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 07:14
Last Modified:24 May 2021 08:16

Repository Staff Only: item control page