Impak densiti payudara dalam pengesanan kanser payudara

Norhashimah Mohd Norsuddin, and Nurfadhilah Idris, (2021) Impak densiti payudara dalam pengesanan kanser payudara. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (1). pp. 109-116. ISSN 1675-8161

[img] PDF
675kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1272

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kategori densiti payudara yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menyebabkan kanser payudara tidak dikesan atau disalah diagnos. Kelulusan etika menjalankan penyelidikan telah diperolehi daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 495 kes telah dipilih daripada ujian mamografi yang dijalankan di Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Setiap kes mempunyai empat imej mamografi. Semua kes mamografi ini telah diasingkan kepada empat kumpulan diagnosis iaitu negatif benar, positif benar, positif palsu dan negatif palsu. Kemudian, setiap kes mamografi dibahagikan mengikut empat kategori densiti payudara BI-RADS (a, b, c, d). Analisis kebarangkalian risiko (odd ratio) setiap kategori densiti payudara dengan keputusan positif palsu dan negatif palsu dilakukan dengan menggunakan ujian regresi logistik. Kebarangkalian wanita yang mempunyai payudara densiti BI-RADS d didiagnos sebagai positif palsu adalah empat kali ganda berbanding wanita yang mempunyai payudara densiti BI-RADS a (odd ratio [OR], 4.27; 95% CI,0.88- 20.67). Manakala, wanita yang mempunyai payudara densiti BI-RADS b dan BI-RADS c mempunyai hampir dua kali ganda kemungkinan didiagnosis sebagai negatif palsu berbanding wanita berdensiti BI-RADS a (odd ratio [OR], 1.59, 1.32; 95% CI, 0.29-8.77, 0.25-7.01). Densiti payudara dalam mamografi mempengaruhi keputusan diagnosis pakar radiologi dalam pengesanan kanser payudara. Kes mamografi yang mempunyai densiti BI-RADS d lebih cenderung disalah diagnosis. Manakala pengesanan kanser dalam payudara berdensiti BI-RADS b dan c lebih berisiko untuk tidak dikesan. Penelitian yang lebih perlu diberikan dalam mentafsir imej mamografi berdensiti BI-RAD b, c dan d bagi mengelakkan kanser disalah diagnosis atau tidak dikesan di peringkat awal. Pengesanan awal kanser payudara dapat meningkatkan kemandirian pesakit kanser.

Item Type:Article
Keywords:Densiti payudara; Mamografi; Negatif palsu; Positif palsu
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:16635
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 May 2021 03:13
Last Modified:25 May 2021 02:48

Repository Staff Only: item control page