Nisan Aceh Plak Pleng: jumpaan terbaharu di Lamreh, Aceh Besar, Indonesia

Muhammad Noval, and Ibrahim, Husaini and Mokhtar Saidin, (2018) Nisan Aceh Plak Pleng: jumpaan terbaharu di Lamreh, Aceh Besar, Indonesia. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 41-49. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Tapak arkeologi di Lamreh mempunyai tinggalan batu nisan kuno dengan berbagai jenis dan bentuk. Batu nisan tersebut merupakan kesan tinggalan daripada kerajaan Lamuri yang pernah wujud sekitar abad ke-11 sehingga 16 Masihi. Salah satu jenis nisan Aceh yang dijumpai di tapak Lamreh ialah nisan Plak Pleng yang diyakini sebagai nisan peralihan Hindu-Buddha kepada Islam. Nisan Plak Pleng mempunyai bentuk yang unik menyerupai bentuk stupa dan menhir. Malahan hiasan yang ada pada nisan ini hampir dengan ukiran yang terdapat pada bangunan suci Hindu dan Buddha. Kajian ini menggunakan kaedah survei dan pemetaan untuk menentukan taburan nisan dan mengkaji bagaimana ukiran corak pada nisan Plak Pleng. Justeru dengan adanya kajian ini diharapkan akan menambah rujukan dan ilmu pengetahuan tentang batu nisan Aceh di Aceh khasnya dan Asia Tenggara amnya.

Item Type:Article
Keywords:Plak Pleng; Nisan Aceh; Lamreh
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16712
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 06:19
Last Modified:04 Jun 2021 17:17

Repository Staff Only: item control page