Nasha Rodziadi Khaw, and Mokhtar Saidin, and Zuliskandar Ramli, (2018) Tinjauan umum berkenaan penemuan arca agama di Kedah Tua. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 63-73. ISSN 0128-0732
|
PDF
796kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Kedah Tua merupakan sebulah pelabuhan dagang yang wujud di Lembah Bujang dari kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi. Perkembangan Kedah Tua telah dibuktikan dengan pelbagai bentuk penemuan arkeologi seperti Candi Hindu-Buddha, Prasasti, Seramik dagang, tembikar tanah dan manik. Salah satu aspek kajian penting di Lembah Bujang adalah penelitian terhadap arca-arca Hindu-Buddha yang ditemui. Arca-arca yang ditemui di Lembah Bujang terdiri daripada imej dewa-dewi seperti Ganesha, Durga, Buddha, serta para Bodhisatva seperti Hariti dan Bhrikuti. Penemuan ini memperlihatkan kepelbagaian daripada segi mazhab agama Hindu dan Buddha yang wujud di Kedah Tua, yang secara langsung membuktikan peranan Kedah Tua, bukan sahaja sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa, bahkan juga sebagai pusat perkembangan kebudayaan yang penting. Makalah ini memberi tinjauan umum tentang penemuan arca di Lembah Bujang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Arca; Kedah Tua; Hindu-Buddha; Boddisatva; Hariti; Durga |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 16714 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jun 2021 06:35 |
Last Modified: | 04 Jun 2021 17:21 |
Repository Staff Only: item control page