Buli siber: impak emosi dalam kalangan Pelajar UKM

Suriana Che Awang, and Khadijah Alavi, (2020) Buli siber: impak emosi dalam kalangan Pelajar UKM. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
368kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17

Abstract

Penggunaan media sosial tanpa budaya civik dalam kalangan pelajar telah menjerumuskan ramai pelajar IPTA dalam kancah buli siber. Buli secara maya boleh dilakukan dalam muatnaik perkataan kejam, gambar dan video mangsa bagi menguggut, menghasut, fitnah, membalas dendam sehingga pemangsa merasakan dirinya hebat dan berkuasa. Durasi pantas semua maklumat boleh disebarluaskan dalam kadar pantas dengan jangkauan seluas dunia. Antara faktor buli siber berlaku dalam awal dewasa ialah cemburu, menanggih perhatian kawan media sosial, kapasiti ‘jaguh” atau gengster dalam media sosial. Kajian terdahulu lebih mefokuskan kepada fenomena buli dalam kalangan remaja, pelajar sekolah dan pengguna media massa. Manakala, amat kurang kajian berkaitan isu buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Objektif utama kajian ini ialah meneroka impak buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 6 orang responden telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat lima kesan utama iaitu masalah emosi, kemurungan, keinginan untuk membunuh diri, kesedihan yang berlebihan, ketakutan dan perasaan marah tidak terkawal yang ditemukan transkrip responden kajian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes buli siber di Bahagian Kaunseling Siswa, UKM.

Item Type:Article
Keywords:Buli; Siber; Emosi; Impak; Tingkah laku
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17159
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jul 2021 06:59
Last Modified:23 Jul 2021 01:31

Repository Staff Only: item control page