Komunikasi pendek : penanaman cendawan jerami Volvariella volvacea menggunakan sisa biojisim pisang

Hanisom Abdullah, and Norlida Othman, and Marina Mokhtar, and Mohamad Yuzaidi Azmi, and Azhar Mohamad, and Norjan Yusof, (2021) Komunikasi pendek : penanaman cendawan jerami Volvariella volvacea menggunakan sisa biojisim pisang. Sains Malaysiana, 50 (6). pp. 1599-1608. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil6_...

Abstract

Di Malaysia, penanaman cendawan Volvariella volvacea secara komersial telah bermula pada tahun 2014. Pada peringkat awal, jerami padi telah digunakan sebagai media pertumbuhan. Walau bagaimanapun, penggunaan jerami padi telah didapati mempunyai beberapa kelemahan seperti kurang kebolehdapatan di seluruh negara, bermusim, hasil kutipan rendah dan penyediaan media yang rumit kerana memerlukan proses pemotongan dan perendaman dalam air kapur. Dalam tahun kebelakangan ini, tandan buah kosong kelapa sawit (TBK) didapati mampu memberikan hasil kutipan yang lebih tinggi berbanding jerami padi. Proses penyediaan media TBK juga lebih ringkas, tidak memerlukan pemotongan ke saiz kecil. Kos penyediaan media TBK adalah rendah secara relatif memandangkan TBK banyak diperoleh sebagai sisa kilang minyak sawit sepanjang tahun. Selain jerami padi dan TBK, penggunaan biojisim lain seperti daun pisang kering yang terbukti berjaya di negara Filipina dan Ghana, belum pernah dilaporkan dalam domain umum di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menguji kebolehlaksanaan penanaman V. volvacea menggunakan sisa biojisim pisang. Kebolehmandirian V. volvacea dikaji menggunakan kaedah batas dan bakul di lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah batas memberikan hasil kutipan cendawan yang lebih tinggi berbanding kaedah bakul. Secara purata, 2.5 kg cendawan segar berjaya diperoleh daripada setiap batas tanaman. Oleh kerana setiap batas dibina daripada 24 kg daun pisang kering, Koefisien Pertukaran Biologi (KPB) bagi kaedah ini adalah 10.4% manakala KBP bagi kaedah bakul adalah lebih rendah secara ketara pada 8.3% (1.0 kg cendawan segar/12 kg media). Walaupun banyak pemboleh ubah kajian memerlukan pengoptimuman pada masa akan datang, kajian ini berjaya memperoleh data asas untuk dijadikan kerangka rujukan bagi penanaman cendawan V. volvacea secara integrasi dengan tanaman pisang. Menggunakan konsep permakultur, sisa biojisim daripada ladang pisang boleh digunakan secara mampan bagi penanaman cendawan V. volvacea untuk menjana pendapatan baharu.

Item Type:Article
Keywords:Biojisim; Cendawan jerami; Pisang; Sisa; Volvariella volvacea
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17526
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2021 01:31
Last Modified:26 Oct 2021 04:32

Repository Staff Only: item control page