Tinjauan kajian empirikal mengenai komuniti pembelajaran profesional di Malaysia (2010-2020) : Dapatan dan tema

Victor Jibson Anthony Idi, and Zuraidah Abdullah, and Husaina Banu Kenayathulla, (2021) Tinjauan kajian empirikal mengenai komuniti pembelajaran profesional di Malaysia (2010-2020) : Dapatan dan tema. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 176-190. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
560kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Komuniti pembelajaran profesional (KPP) telah berkembang dan menarik minat sistem pendidikan di seluruh dunia sebagai salah satu amalan bagi meningkatkan pembelajaran guru. Selain itu, KPP dilihat dapat membina kapasiti dan kemampanan sistem pendidikan agar boleh maju ke hadapan seiring dengan kehendak global pada masa kini. Walaupun konsep KPP agak baru di Malaysia, namun ia mula bertapak dalam sistem pendidikan sejak sedekad yang lepas. Artikel ini membincangkan perkembangan kajian empirikal KPP di Malaysia dari 2010 hingga bulan Jun 2020. Tinjauan yang menggunakan sintesis naratif ini mendapati pengkaji menggunakan pelbagai dimensi untuk menerangkan konsep KPP, amalan KPP di pelbagai peringkat sekolah, peranan pemimpin dan isu yang wujud dalam KPP. Walau bagaimanapun, kajian mengenai KPP di Malaysia masih kurang berbanding literatur barat. Pengkaji mencadangkan agar banyak lagi kajian empirikal mengenai pembangunan dan hasil daripada amalan KPP dijalankan di Malaysia agar KPP dapat melangkah ke hadapan sebagai satu budaya untuk meningkatkan pembelajaran guru supaya mampu memberikan impak kepada pembelajaran murid.

Item Type:Article
Keywords:Isu dan cabaran; Komuniti pembelajaran profesional; Kajian empirikal Malaysia; Pembangunan konsep; Sekolah Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17632
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 00:06
Last Modified:22 Nov 2021 06:57

Repository Staff Only: item control page