Pengaruh budaya Iban terhadap gaya pembelajaran murid Iban

Maria Anak Ahoi, and Nurfaradilla Mohamad Nasri, (2021) Pengaruh budaya Iban terhadap gaya pembelajaran murid Iban. Jurnal Personalia Pelajar, 24 (1). pp. 11-21. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kecemerlangan seseorang murid seringkali dikaitkan dengan pelbagai faktor. Gaya pembelajaran yang dipilih oleh seseorang murid akan dapat menentukan tahap pencapaian akademik mereka .Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada budaya Iban mempunyai pengaruh terhadap gaya pembelajaran murid Iban. Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 151 orang murid berbangsa Iban dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 di sebuah sekola h menengah di Bahagian Serian, Sarawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set borang soal selidik yang mempunyai 27 item yang merangkumi demografi pelajar,dan faktor Budaya Iban iaitu Budaya Ngayau dan Budaya Beduruk. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 23 digunakan untuk menentukan hasil dapatan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh Budaya Ngayau min keseluruhan ialah 3.99. Manakala pengaruh budaya Beduruk pula min keseluruhan ialah 4.32 .Kedua-dua budaya ini menunjukkan min keseluruhan yang tinggi. Dapat disimpulkan Budaya Iban memberikan impak yang signifikan terhadap gaya pembelajaran murid Iban.

Item Type:Article
Keywords:Gaya pembelajaran; Budaya Iban; Murid Iban; Budaya Ngayau; Budaya Beduruk
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:17843
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jan 2022 02:01
Last Modified:08 Jan 2022 11:07

Repository Staff Only: item control page