Potensi kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu dalam industri besi dunia berdasarkan analisis data survei bahan peleburan besi dan penggerudian dalam

Mohd Hasfarisham Abd Halim, and Shyeh Sahibul Karamah Masnan, and Nur Khairunnisa Talib, and Mokhtar Saidin, (2021) Potensi kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu dalam industri besi dunia berdasarkan analisis data survei bahan peleburan besi dan penggerudian dalam. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (2). pp. 65-82. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan data primer berkaitan potensi kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai kawasan peleburan besi Kedah Tua. Sehubungan itu kajian ini akan menggunakan kaedah survei dan penggerudian dalam bagi mengoptimumkan dapatan data bagi kajian ini. Ini kerana bukti arkeologi semasa jelas mendedahkan kawasan ini telah digunakan sebagai bengkel peleburan besi utama dan maju bagi kerajaan Kedah Tua sejak 788 Sebelum Masihi. Analisis ke atas sampel tanah melalui penggerudian dalam jelas menunjukkan sebelum kawasan ini mewakili persekitaran teluk yang luas sebelum aras laut menurun dan persekitarannya berubah kepada sungai yang membolehkan petempatan didirikan. Hasil survei sekitaran Kompleks Sungai Batu juga membuktikan kawasan ini mempunyai kelimpahan hasil bumi seperti bijih besi untuk tujuan peleburan besi, pokok bakau sebagai bahan bakar peleburan besi dan tanah aluvium bagi bahan asas pembuatan bata bagi pembinaan monumen yang kesemua ini menjadi pemangkin kepada perkembangan kawasan ini dalam penghasilan produk besi dunia.

Item Type:Article
Keywords:Sungai Batu; Survei; Penggerudian dalam; Bahan asas; Industri besi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:17950
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 06:50
Last Modified:15 Jan 2022 08:03

Repository Staff Only: item control page