Cadangan piawaian patuh syariah terhadap pembinaan rumah : kajian Program Perumahan Rakyat di Malaysia

Mohd Al-Imran Mohd Tawil, and Hairunnizam Wahid, (2021) Cadangan piawaian patuh syariah terhadap pembinaan rumah : kajian Program Perumahan Rakyat di Malaysia. Jurnal Hadhari, 13 (2). pp. 189-207. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
803kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1452

Abstract

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program yang diusahakan oleh kerajaan bagi membantu penduduk setinggan dan kebanyakan mereka yang mempunyai pendapatan rendah. Program ini tertumpu di bandar untuk mengurangkan beban golongan yang berpendapatan rendah atau lebih kepada kumpulan B40 yang menetap di kawasan bandar. Menurut kajian, terdapat beberapa masalah di kawasan perumahan seperti ini yang biasa berlaku, antaranya adalah masalah sosial dalam kalangan penduduk. Ada beberapa persoalan yang timbul antaranya, apakah punca masalah ini berlaku; adakah persekitaran ataupun struktur pembinaan rumah yang didiami oleh penduduk menyebabkan masalah dalam kalangan penduduk kos rendah ini berlaku. Adakah pembinaan rumah kos rendah ini menepati piawaian garis panduan syariah dan bagaimanakah pembinaan rumah kos rendah yang menepati kayu ukur patuh kepada piawaian patuh syariah. Oleh itu, artikel ini membincangkan piawaian patuh syariah untuk pembinaan rumah yang memfokuskan kajian program perumahan rakyat di Malaysia. Dapatan data terkumpul bagi kajian ini adalah daripada data primer dan data sekunder, melalui temu bual dijalankan ke atas kontraktor dan pengumpulan data melalui pembacaan artikel dan buku yang dikarang oleh para sarjana; dan seterusnya dianalisa menggunakan kaedah diskriptif dan kaedah fiqh. Objektifkajian ini menyelesaikan masalah pembinaan rumah rakyat kos rendah dan kajian ini mendapati piawaian patuh syariah adalah penting dalam pembinaan perumahan terutama dalam Program Perumahan Rakyat agar ia selari dengan Maqasid Syariah agar dapat menghindar atau menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku dalam kalangan penduduk perumahan rakyat. Ini diambil kira kehidupan yang sukar dengan kos sara hidup yang tinggi, keselesaan dan ketenteraman penghuni dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan terjamin kelestarian hidup tanpa mengabaikan kepesatan pembangunan ekonomi dalam negara yang membangun.

Item Type:Article
Keywords:Rumah kos rendah; Piawaian patuh syariah; PPR; Sosial; Maqasid syariah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:18079
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2022 06:16
Last Modified:21 Feb 2022 00:34

Repository Staff Only: item control page