Farah Elisha Mohd Adnand, and Rosniza Aznie Che Rose, (2021) Strategi penjenamaan semula Lata Tembakah sebagai destinasi pelancongan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 91-106. ISSN 2180-2491
|
PDF
743kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418
Abstract
Hutan lipur Malaysia berperanan penting menarik kedatangan pengunjung. Kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna merupakan kunci utama kedatangan pengunjung. Ia mampu memberikan kepuasan kepada pengunjung. Walaubagaimanapun, destinasi tersebut haruslah mempunyai frasarana yang baik dan memuaskan. Pengurusan yang baik mampu menjamin kedatangan pengunjung secara berterusan. Semua kerosakan frasarana awam seperti kemudahan papan tanda yang, tandas awam, dan ruang persalinan pakaian menjadi kunci utama kepada kunjungan kali kedua dan seterusnya. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan instrument borang soal selidik terhadap 130 pengunjung yang pernah datang ke Lata Tembakah. Fokus kajian ialah terhadap faktor keunikan, mengkaji kemerosoton jumlah pengunjung dan mencadangkan langkah pengurusan strategik bagi pemulihan kedatangan pengunjung ke hutan lipur Lata Tembakah. Kepentingan kajian pelbagai merangkumi pelbagai pihak sama ada pemegang taruh, pengunjung dan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran. Kajian ini secara keseluruhan berjaya menjelaskan pelbagai Tindakan pengurusan strategik yang dijangka mampu memulihkan ekonomi pelancongan di destinasi kajian pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekopelancongan; Hutan lipur; Pelancongan; Pengunjung; Rekreasi |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 18105 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Feb 2022 07:15 |
Last Modified: | 21 Feb 2022 01:18 |
Repository Staff Only: item control page