Keperluan tadbir urus syariah di industri kecil dan sederhana (IKS) : satu tinjauan literatur

Abd Hakim Abd Rasid, and Salmy Edawati Yaacob, and Mat Noor Mat Zain, (2021) Keperluan tadbir urus syariah di industri kecil dan sederhana (IKS) : satu tinjauan literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 65-75. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
680kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah telah mula diperkenalkan di institusi-institusi kewangan Islam pada tahun 2010 melalui Shariah Governance Framework 2010. Rentetan itu, institusi kewangan termasuk takaful, ar-Rahnu dan koperasi mula mengorak langkah melaksanakan tadbir urus syariah dengan mengadaptasi SGF 2010 ke arah mewujudkan ekosistem ekonomi patuh syariah. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga dilihat berperanan penting dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Malaysia yang sepatutnya juga mengadaptasi SGF 2010. Justeru objektif kertas kerja ini disediakan adalah untuk menyoroti kajian lepas berkaitan tadbir urus Syariah dan keperluan pelaksanaan tadbir urus Syariah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dan seterusnya meneliti keperluan tadbir urus syariah di IKS. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisa kandungan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis tinjauan literatur yang dilakukan mendapati bahawa tadbir urus syariah adalah pelengkap kepada sistem tadbir urus korporat yang mana ia dapat memastikan semua transaksi dan operasi perniagaan yang dijalankan berjalan dengan mematuhi prinsip-prinsip syariah. Ia juga akan dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan orang awam terhadap status patuh syariah sesuatu perniagaan. Perkara ini menunjukkan terdapat keperluan untuk tadbir urus syariah dilaksanakan di syarikat-syarikat kategori IKS. Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan tentang bagaimana model tadbir urus syariah untuk syarikat-syarikat IKS yang sesuai dengan saiz, sifat perniagaan dan kemampuan syarikat.

Item Type:Article
Keywords:Industri kecil dan sederhana; Tadbir urus syariah; Patuh syariah; SGF 2010; Institusi kewangan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18243
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 06:52
Last Modified:18 Mar 2022 00:55

Repository Staff Only: item control page