Standard penarafan hotel mesra Muslim berdasarkan maqasid syariah : satu sorotan

Aziz Abidin Azmi Puat, and Mohammad Zaini Yahaya, (2021) Standard penarafan hotel mesra Muslim berdasarkan maqasid syariah : satu sorotan. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 76-85. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
616kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Hotel mesra Muslim merupakan satu produk yang semakin berkembang dalam industri pelancongan di Malaysia. Sesuai dengan kemeriahannya, pelbagai penarafan hotel mesra Muslim telah diwujudkan oleh pelbagai agensi sebagai nilai tambah kepada segmen ini dalam penawaran perkhidmatan yang lebih kompetitif. Persoalannya adakah penarafan yang diwujudkan ini benar-benar memenuhi keperluan pelancong Muslim dan bersifat holistik? Justeru, artikel ini akan meninjau kajian-kajian lepas berkenaan standard penarafan hotel mesra Muslim, adakah ia memenuhi kayu ukur Maqasid Syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan melalui metode kajian literatur dan temu bual. Kajian literatur dikutip daripada kajian-kajian lepas, merangkumi artikel dan dokumen tentang standard penarafan hotel mesra Muslim. Sesi temu bual bersama dua informan yang berkaitan dengan industri pelancongan juga dijalankan. Kemudian, data dianalisis secara tematik. Hasilnya menunjukkan standard penarafan ini masih tidak mencapai sasaran syariah dalam memenuhi keperluan pelancong Muslim. Keselamatan nyawa dan harta tidak menjadi unsur yang penting dalam penilaian mereka. Hal ini tidak selari dengan fungsi hotel sebagai tempat perlindungan. Tuntutan Maqasid Syariah perlu dipatuhi sepenuhnya dalam menjadikan penarafan hotel mesra Muslim bersifat holistik.

Item Type:Article
Keywords:Sistem penarafan hotel; Pelancongan Islam; Keperluan pelancong Muslim; Industri perhotelan; Maqasid syariah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18244
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 06:58
Last Modified:18 Mar 2022 00:56

Repository Staff Only: item control page