Faktor pendedahan maklumat diri di Twitter dan implikasi terhadap golongan pelajar

Nurfazira Abdul Hamid, and Muhammad Adnan Pitchan, (2019) Faktor pendedahan maklumat diri di Twitter dan implikasi terhadap golongan pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 47-53. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
746kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...

Abstract

Penggunaan laman media sosial seperti Twitter kini banyak digunakan dalam kalangan pelajar untuk pelbagai tujuan. Hal ini telah membawa kepada senario yang memperlihatkan seseorang pelajar itu gemar berkongsikan segala perkara seperti grafik, teks, video dan sebagainya kerana mereka berasa selesa untuk melakukan perkongsian tersebut. Perkara ini telah membawa kepada pendedahan maklumat diri di Twitter. Pendedahan maklumat ini bukan sahaja merangkumi pendedahan butiran diri tetapi juga dari segi perkongsian gambar, video dan hal semasa yang sedang dilakukan oleh pelajar tersebut. Malahan, perkongsian lokasi semasa juga telah menjadi salah satu daripada trend golongan pelajar hari ini bagai mengemaskini lokasi semasa mereka kepada pengikut mereka di Twitter. Kajian ini mengkaji faktor pendedahan maklumat diri serta implikasi pendedahan maklumat diri di Twitter. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif menerusi perbincangan kumpulan fokus yang mensasarkan golongan pelajar dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun seramai 13 orang informan yang merupakan pengguna Twitter. Hasil dapatan kajian mendapati hampir majoriti pelajar yang membuat pendedahan maklumat diri ini mempunyai motif mereka yang tersendiri seperti strategi perniagaan, mencari kenalan yang mempunyai minat yang sama, untuk mengelakkan kebosanan dan untuk berkongsi detik istimewa mereka dengan kawan-kawan di Twitter. Implikasi daripada pendedahan maklumat diri ini telah memperlihatkan kesan negatif dan kesan positif yang boleh diterima oleh golongan Pelajar tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pendedahan maklumat diri; Tweetfamous; Implikasi; Twitter; Pelajar
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:18699
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2022 08:14
Last Modified:25 May 2022 00:45

Repository Staff Only: item control page