Kesan penyusupan dan aliran masuk terhadap kekuatan air sisa kumbahan perbandaran

Nur Aina Bachi’, and Syarifah Amirah Huda Syed Mohd Fuat, and Huzaifah Ahmad Hisam, and Zarimah M Hanafiah, and Al-Ani, Ibrahiem and Panirselvam, Lavaniya and M Zuraimi Abdullah, and Nor Azura Abdullah, and Wan Hanna Melini Wan Mohtar, (2021) Kesan penyusupan dan aliran masuk terhadap kekuatan air sisa kumbahan perbandaran. Jurnal Kejuruteraan, 33 (4). pp. 1027-1035. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-334-2021/

Abstract

Aliran masuk dan penyusupan adalah fenomena yang sering berlaku dalam sistem pembetungan di negara kita. Hal ini kerana faktor cuaca dan taburan hujan yang tinggi di Malaysia. Oleh itu, kadar penyusupan juga dijangkakan tinggi melalui lurang. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti kesan penyusupan dan aliran masuk ke atas kekuatan air sisa dari kawasan perbandaran dengan populasi penduduk seramai 1000 PE. Pemodelan menggunakan perisian Storm Water Management Model (SWMM) digunakan bagi menentukan kadar penyusupan dan aliran masuk air hujan ke dalam pembetung serta kadar pereputan beban pencemar seperti Permintaan Oksigen Kimia (COD) dan Ammonia (NH3) dalam satu sistem pembetung melibatkan 17 lurang. Keputusan yang terhasil dalam pemodelan ini ialah kadar penyusupan bagi setiap kawasan tadahan dan kadar pereputan terhadap jumlah beban pencemar. Bagi kadar penyusupan pula, kawasan tadahan dibahagikan kepada tiga iaitu S1, S2 dan S3, di mana S1 mengandungi jumlah penyusupan yang paling rendah berbanding S2 dan S3 iaitu sebanyak 1.27 mm/j bagi 10%, 1.36 mm/j bagi 15% dan 1.45 mm/j bagi 20%. Selain itu, jumlah beban pencemar yang terhasil untuk tempoh 12 jam simulasi dijalankan bagi COD ialah 160-180 kg dengan jumlah pereputan yang berlaku sekitar 0.10-0.29% manakala Ammonia pula menghasilkan beban pencemar sebanyak 140-160 kg dengan kadar pereputan yang konsisten dan tidak memberi pengurangan yang banyak kepada Ammonia. Hasil kajian menunjukkan penyusupan yang berlaku tidak mempengaruhi halaju air sisa tetapi memberi kesan kepada kekuatan air sisa yang mana boleh menyebabkan kepekatan air sisa berkurang.

Item Type:Article
Keywords:Aliran masuk; Penyusupan; Pemodelan SWMM; Kekuatan air sisa; Kadar pereputan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:18955
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2022 04:20
Last Modified:13 Jul 2022 07:33

Repository Staff Only: item control page