Kesan pengajaran sarana kohesi dalam meningkatkan keupayaan menulis berdasarkan jantina

Rozita Mohamad Yuneh, and Rahim Aman, and Shahidi A. Hamid, (2022) Kesan pengajaran sarana kohesi dalam meningkatkan keupayaan menulis berdasarkan jantina. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 1-8. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan pengajaran sarana kohesi dan hubungannya dengan kualiti penulisan. Kajian ini juga ingin mencari kemungkinan sekiranya terdapat perbezaan penggunaan peranti kohesi dalam karangan murid lelaki dan murid perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimental kuasi dengan reka bentuk pra dan pasca ujian satu kumpulan. Seramai 60 orang murid Program Huffaz Ilmuan (SPM) yang dibahagikan kepada tiga kelas sedia ada mengikuti pengajaran sarana kohesi selama tujuh minggu. Modul pengajaran sarana kohesi dibangunkan berdasarkan Model Pengajaran Unsur Tautan (2009). Ujian t sampel bebas digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca serta kemungkinan sekiranya terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam menggunakan sarana kohesi ketika menulis. Analisis deskriptif skor ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan markah pencapaian murid dalam kedua-dua penilaian. Hasil ujian t yang dijalankan berdasarkan jantina sebelum dan selepas modul pengajaran sarana kohesi dilaksanakan memperlihatkan tidak terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam menggunakan sarana kohesi ketika menulis. Kajian ini penting untuk mengupaya pengajaran karangan dalam kalangan guru bersandarkan sifat proses mengarang itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Sarana kohesi; Kualiti penulisan; Penilaian; Jantina; Mengarang
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19104
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:06
Last Modified:31 Jul 2022 06:12

Repository Staff Only: item control page