Masalah dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah

Ain Nur Atika Agus, (2022) Masalah dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 50-62. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan sesi PdPR dalam talian, guru Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah dalam melaksanakan pendekatan terbeza sepanjang sesi PdPR secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh lima orang guru Bahasa Melayu di lima buah sekolah menengah di daerah Kemaman, Terengganu. Hasil temu bual kajian telah menemui enam masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza, iaitu masalah berkaitan guru, murid, pentadbiran, bahan bantu mengajar, alat bantu mengajar dan ibu bapa. Kesemua masalah ini boleh memberi kesan kepada pengajaran guru Bahasa Melayu dan pembelajaran murid sepanjang tempoh melaksanakan PdPR secara dalam talian. Guru Bahasa Melayu perlu mengatasi setiap masalah ini supaya penggunaan pendekatan terbeza dalam PdPR secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan berkesan dan murid dapat menguasai isi pelajaran sepanjang mengikuti sesi PdPR secara dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Masalah; Pendekatan terbeza; Guru Bahasa Melayu; Pengajaran dan pembelajaran di rumah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19109
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:44
Last Modified:31 Jul 2022 06:18

Repository Staff Only: item control page