Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kemahiran Menyelesaikan Masalah untuk murid sekolah menengah berdasarkan model pengukuran Rasch

Masila Alias, and Aidah Abd Karim, and Zanaton Iksan, (2019) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kemahiran Menyelesaikan Masalah untuk murid sekolah menengah berdasarkan model pengukuran Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 3-19. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Kemahiran Menyelesaikan Masalah (KMM) merupakan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen KMM untuk pelajar tingkatan empat dengan menggunakan Model Rasch. Instruman yang mengandungi 31 item ini dibina dengan menggunakan KMM daripada Inventori of Learner Resourcefulness (ILR) yang mengukur konstruk merancang, menilai dan menjangka. Instrumen telah ditadbirkan kepada 84 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian dan data telah dianalisis menggunakan analisis Rasch. Kesahan instrumen telah dinilai dengan menilai keseragaman dimensinya dengan menggunakan Statistik Item Fit, dan Analisa Komponen Utama Reja. Kebolehpercayaan instrumen dinilai menggunakan indeks kebolehpercayaan item dan responden. Dapatan menunjukkan bahawa instrumen KMM adalah sah dan boleh dipercayai serta boleh mengukur KMM dalam konteks pelajar menengah di Malaysia. Walaubagaimanapun, analisis polariti item menunjukkan bahawa penggunaan ayat dalam tiga item yang terlibat boleh dimurnikan bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaannya. Pembinaan instrumen ini menyumbang kepada pertambahan kepelbagaian bentuk ujian terutama jenis pentaksiran masa kini yang mula cenderung ke arah bentuk penilaian kendiri. Instrumen-instrumen sebelum ini lebih mengkaji aspek penyelesaian masalah bagi subjek-subjek tertentu seperti sains dan matematik serta aspek prestasi pelajar dalam menyelesaikan masalah langkah demi langkah, namun instrumen ini menumpukan kepada aspek merancang, menilai dan menjangka.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran Menyelesaikan Masalah; Pembangunan instrumen; Analisis model pengukuran Rasch
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19193
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jul 2022 06:58
Last Modified:03 Aug 2022 00:56

Repository Staff Only: item control page