Pelancongan pantai dan kepuasan pelancong keluarga : kes kajian di Pulau Pinang

Nuradila Azhar, and Habibah Ahmad, (2019) Pelancongan pantai dan kepuasan pelancong keluarga : kes kajian di Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
785kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Pelancongan pantai merupakan aktiviti yang lazimnya menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dan pelancong tempatan di kebanyakan negara yang mempunyai sumber tarikan ini. Di Malaysia, pelancongan pantai juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian segmen pelancong keluarga. Salah satu pantai yang terkenal dalam kalangan keluarga di Pulau Pinang ialah Pantai Batu Ferringhi. Pantai ini dikatakan mempunyai kedua-dua kelebihan, cirian fizikal semula jadi dan cirian buatan manusia yang memungkinkan ia menjadi tarikan kepada para pengunjung/pelancong keluarga. Walau bagaimanapun penentuan sama ada pelancong keluarga berpuas hati kepada cirian fizikal pantai atau cirian buatan manusia masih belum terserlah. Makalah ini bertujuan untuk i) mengenalpasti apakah cirian dan aktiviti pengunjung/pelancong keluarga apabila mereka mengunjungi Pantai Batu Ferringhi dan ii) mengenalpasti apakah penentu kepuasan pengunjung keluarga tertakluk kepada cirian fizikal pantai atau cirian buatan manusia. Sebanyak 300 responden keluarga telah berjaya ditemuduga dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian mendapati pengunjung/pelancong keluarga melakukan aktiviti rekreasi pantai yang santai berbanding lasak, datang bersama anak-anak dan ahli keluarga, serta menghabiskan masa bersama keluarga secara bersama. Sementara itu, faktor kepuasan pengunjung keluarga di Batu Ferringhi didorong oleh cirian fizikal atau semulajadi pantai dengan skor purata 3.50 berbanding cirian buatan manusia iaitu 3.44. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk penambahbaikkan; antaranya jaminan pantai yang bersih, air laut yang tidak tercemar dan juga jaminan keselamatan pantai, kemudahan awam dan rekreasi pantai yang lebih baik, mempelbagaikan aktiviti sukan air dan penambahbaikkan pengangkutan dan tempat parkir. Kesimpulannya, kedua-dua faktor fizikal dan buatan manusia berperanan penting dalam memberi kepuasan kepada pengunjung/pelancong keluarga untuk melancong ke pantai peranginan khususnya Pantai Batu Ferringhi.

Item Type:Article
Keywords:Pelancongan pantai; Pelancong keluarga; Cirian fizikal; Cirian manusia; Kepuasan pengunjung keluarga
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:04
Last Modified:08 Aug 2022 04:12

Repository Staff Only: item control page