Opsyen guru Matematik sekolah rendah sebagai moderator dalam hubungan berstruktur antara pengetahuan asas PdP dengan amalan pengajaran

Wong, Li Li and Kamisah Osman, and Siti Mistima Maat, (2019) Opsyen guru Matematik sekolah rendah sebagai moderator dalam hubungan berstruktur antara pengetahuan asas PdP dengan amalan pengajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (2). pp. 30-40. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
6MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1203

Abstract

Prestasi pengajaran guru matematik dilaporkan semakin merosot kerana sebahagian besar daripada guru yang mengajar matematik bukan daripada opsyen matematik dan kekurangan penguasaan dalam pengetahuan isi kandungan. Kajian tinjauan ini bertujuan mengesahkan kesan penyederhanaan faktor opsyen dalam hubungan berstruktur antara konstruk pengetahuan asas pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan konstruk amalan guru matematik sekolah rendah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan melibatkan 394 guru matematik sekolah rendah yang dipilih secara rawak berstrata dari Semenanjung Malaysia. Analisis Faktor Pengesahan (CFA) berbilang kumpulan dijalankan dalam dua bahagian. Bahagian pertama merupakan statistik tidak berparameter untuk mengesahkan kewujudan kesan penyederhanaan. Bahagian kedua mengaplikasikan statistik parametrik untuk membandingkan kekuatan kesan guru opsyen matematik dan guru bukan opsyen matematik terhadap pemboleh ubah bersandar. Perisian IBM SPSS AMOS versi 23.0 digunakan untuk kedua-dua bahagian pengesahan. Dapatan menunjukkan bahawa guru opsyen matematik memberi kesan penyederhanaan yang lebih ketara berbanding guru bukan opsyen terhadap amalan pengajaran. Kesimpulannya, opsyen guru merupakan moderator berbentuk kualitatif dalam hubungan berstruktur antara konstruk pengetahuan asas PdP dengan amalan pengajaran yang secara langsung mempengaruhi pembelajaran murid. Implikasi kajian ini ialah proses pengambilan dan penempatan guru mengikut opsyen perlu ada keselarasan untuk memantapkan lagi kualiti sistem pendidikan negara.

Item Type:Article
Keywords:Amalan pengajaran; Hubungan berstruktur; Moderator; Opsyen; Pengetahuan asas PdP
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19310
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 07:02
Last Modified:11 Aug 2022 08:58

Repository Staff Only: item control page