Cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan perkembangan ekonomi di Malaysia

Lee, Siew Lian and Aminudin Mokhtar, (2019) Cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan perkembangan ekonomi di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Perdana Menteri Ke-6, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan dengan kadar 6% secara keseluruhan di Malaysia pada 1 April 2015 selepas membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013. Kemunculan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah melicinkan sistem percukaian negara dan mempelbagaikan sistem pendapatan negara. Tetapi, pengenalan cukai GST juga menyebabkan masalah inflasi berlaku dengan diikuti oleh masalah samping. Kekurangan pengetahuan berkaitan cukai GST sehingga kebanyakan rakyat Malaysia menyalahfahamkan terhadap sistem GST dan menimbulkan perasaan tidak pasti terhadapnya. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji keadaan ekonomi Malaysia selepas, semasa dan selepas GST. Tambahan pula, pandangan mahasiswa/i IPTA/ S terhadap sistem percukaian GST dan SST di Malaysia juga merupakan salah satu objektif utama dalam kajian ini. Pemuda merupakan tulang panggung pembangunan Nasional dalam mengisi kemajuan ekonomi Malaysia. Oleh itu, para pemuda perlu dituntut dengan penuh kreatif, tangkas, dan bijak dalam menangani isu-isu sekitar. Sekiranya berlaku menyalahfahamkan terhadap dasar negara, maka mudah menyebabkan para pemuda menghilangkan keyakinan dan kepercayaan terhadap tanah air sendiri- Malaysia dengan secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan Malaysia dari segi ekonomi, sosial, bangsa dan sebagainya. Untuk menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah kaedah Primer dan kaedah Sekunder semasa mengumpulkan, memproses dan menganalisis maklumat dan data yang diperoleh. Berdasarkan keputusan yang dikumpulkan, pengkaji mengetahui bahawa peratusan sumbangan cukai GST kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah lebih besar jika berbanding dengan peratusan sumbangan cukai SST. Misalannya, sumbangan cukai barangan dan GST semakin meningkat daripada RM27,012 juta pada tahun 2015 hingga RM43,800 juta pada tahun 2018. Walaupun sumbangan cukai GST adalah lebih banyak daripada cukai SST, tetapi seramai 28 orang responden bersamaan 56% menyokong bahawa sistem cukai SST lebih berkesan dalam mengawal barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Penggantian cukai GST dengan cukai SST, bukan sahaja menyebabkan hasil pendapatan negara menurun, mahupun juga mengurangkan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Misalnya, Bantuan kad siswa kepada mahasiswa/I IPTA/S telah menurun daripada RM250 pada tahun 2018 kepada RM100 pada tahun 2019. Walaupun sistem percukaian negara Malaysia telah berubahdaripada sistem GST kepada cukai SST, malahan kos sara hidup rakyat Malaysia tidak menunjukkan perubahan yang significant kerana perubahan sistem percukaian hanya menyumbang kepada KDNK negara dan bukan taraf hidup masyarakat.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19580
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 06:48
Last Modified:05 Sep 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page