Penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi : kajian kes Urban Hive dan Lotte World Tower, Seoul, Korea Selatan

Moey, Sui Min and Noor Hayati Ismail, and Mastor Surat, (2020) Penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi : kajian kes Urban Hive dan Lotte World Tower, Seoul, Korea Selatan. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 116-126. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Naskah ini membincangkan kaedah penerapan identiti senibina yang telah dilakukan ke atas bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan. Telah menjadi kelaziman pendekatan perancangan bandar moden dan rekabentuk bangunan Gaya Antarabangsa kini telah melunturkan peranan alam bina sebagai penggambaran tampak identiti setempat sesebuah bandar. Hal ini mengakibatkan terhasilnya bandar-bandar moden di seluruh dunia yang kelihatan seragam dan kurang penerapan identiti setempat terutamanya ke atas binaan bangunan-bangunan baru. Kajian kes secara pemerhatian dilakukan ke atas dua buah bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan untuk mengkaji kaedah penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi tersebut. Dari hasil kajian, didapati bahawa terdapat beberapa kaedah penerapan identiti senibina ke atas reka bentuk bangunan tinggi moden yang telah diamalkan yang boleh dijadikan panduan untuk tugas rekabentuk bangunan tinggi selanjutnya.

Item Type:Article
Keywords:Identiti senibina; Bangunan tinggi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19653
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:22
Last Modified:12 Sep 2022 01:29

Repository Staff Only: item control page