Kelestarian alam sekitar sektor sawit : analisis polisi, peraturan dan piawaian

Nurul Ayreen Mazlan, and Er, Ah Choy (2021) Kelestarian alam sekitar sektor sawit : analisis polisi, peraturan dan piawaian. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Sektor sawit di Malaysia merupakan sumber ekonomi utama negara. Kerajaan melaksanakan tanggungjawab untuk membangun industri sawit ini supaya kekal menjadi sumber ekonomi negara. Bagi memenuhi permintaan yang meluas, kawasan tanaman sawit perlu diperluaskan untuk penanaman. Negara pengeluar memperluas kawasan tanaman sawit meneroka kawasan baru untuk penanaman dimana banyak melibatkan penebangan hutan. Sektor sawit telah mengalami pelbagai kritikan dan laporan negatif dari NGO global untuk memburukkan minyak sawit. Malaysia merupakan negara yang terkesan daripada krikitan tersebut. Pengkaji mengenalpasti dua objektif kajian iaitu mengenalpasti polisi, peraturan dan piawaian yang dilaksanakan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar terhadap sektor sawit dan menganalisis tahap keberkesanan polisi kelestarian tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen untuk mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan MSPO, RSPO dan Amalan Pertanian Baik (GAP) sebagai program tindakan. Setiap prorgam tindakan menunjukkan tahap pengamalan polisi, peraturan dan piawaian, kesukaran yang dihadapi dalam pelaksanaan polisi dan kesan yang berlaku setelah program tindakan diamalkan. Tahap keberkesanan tidak dapat dilihat dengan jelas namun sejak program-program tindakan ini dilaksanakan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan akibat pengurangan penebangan hutan, penggunaan bahan kimia dan lain-lain. Pengeluaran minyak lestari meningkat sehingga mula mendapat kepercayaan dari pengguna di seluruh dunia.

Item Type:Article
Keywords:Kelestarian; Alam sekitar; Sektor sawit; Polisi; Pekebun kecil sawit
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19777
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 04:00
Last Modified:19 Sep 2022 07:40

Repository Staff Only: item control page