Prestasi dan populariti kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kedah dibawah Perikatan Nasional : kajian kes di kawasan DUN Jitra, Kedah

Nur Hani Jannatun Najwa Pazil, and Junaidi Awang Besar, (2021) Prestasi dan populariti kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kedah dibawah Perikatan Nasional : kajian kes di kawasan DUN Jitra, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
591kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Peralihan kuasa kepimpinan di kawasan DUN Jitra selepas kemelut politik memberi tumpuan kepada prestasi dan populariti Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dibawah Perikatan Nasional di kawasan DUN Jitra, Kedah. Kajian ini memberi penekanan terhadap tingkah laku pengundian dalam pembuatan keputusan untuk memilih calon dalam pilihan raya. Kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti sumber maklumat politik responden di samping mengkaji prestasi dan populariti Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dan menganalisis sentimen politik semasa di sekitar kawasan kajian untuk melihat sejauhmana penerimaan pengundi terhadap kerajaan baru iaitu Perikatan National (PN). Pengumpulan maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada 50 orang responden lelaki dan perempuan yang layak mengundi iaitu berusia 21 tahun ke atas. Kaedah temubual dilaksanakan bersama individu yang berjawatan dalam parti politik di kawasan kajian termasuk kaedah pemerhatian semasa di lapangan serta kepustakaan dan rujukan sumber sekunder. Hasil menunjukkan majoriti responden meletakkan kepercayaan tinggi kepada sumber maklumat media elektronik. Selain itu, prestasi pemerintahan Kerajaan Persekutuan dibawah PN (BERSATU) menerima sambutan yang baik manakala pemerintahan Kerajaan di peringkat Negeri dibawah PN (PAS) hanya meraih sebanyak 34 peratus bagi prestasi baik. Diharapkan dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai strategi pelaksanaan dasar dan gerak kerja agensi kerajaan yang berkait dengan politik pilihan raya.

Item Type:Article
Keywords:Geografi politik; Komunikasi politik; Tingkah laku pengundian; Sumber maklumat; Literasi politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19841
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 04:50
Last Modified:25 Sep 2022 00:11

Repository Staff Only: item control page