Pengaruh internet terhadap pengetahuan dan kesedaran tentang autisme dalam kalangan dewasa awal

Kaarrtini S Nagarajah, and Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, (2019) Pengaruh internet terhadap pengetahuan dan kesedaran tentang autisme dalam kalangan dewasa awal. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
401kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Autisme merupakan sejenis kecelaruan neuro tingkahlaku di mana individu autisme mempunyai masalah dalam kognisi, sosio-emosi dan interaksi sosial. Autisme boleh didiagnosis dalam seseorang individu seawal usia 3 tahun. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), terdapat 1 daripada 68 orang kanak-kanak yang mempunyai autisme di USA. Ini bermakna hampir 9,000 kanak-kanak di Malaysia lahir dengan autisme setiap tahun. Di Malaysia, terdapat isu-isu di antara golongan autistik dengan masyarakat Malaysia kerana salah faham. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui kes yang berlaku tahun lepas dengan lelaki autistik yang didakwa sebagai mencabul seorang wanita. Ini berlaku hanya sebab mereka tidak mengenali bahawa lelaki tersebut mempunyai autisme. Insiden ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia sama ada mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang kurang tentang autisme atau tidak mempunyai pengetahuan langsung tentangnya. Kajian tentang pengetahuan dan kesedaran tentang autisme dilakukan secara berleluasa dari tahun 1980-an. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian literatur yang dilakukan, terdapat tiada kajian yang dilakukan tentang pengaruh Internet terhadap kesedaran autisme terutamanya dalam golongan dewasa awal. Kajian ini melihat kepada faktor demografi bagi kadar penggunaan Internet dan sama ada golongan dewasa awal mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang autisme ataupun tidak. Kajian ini juga meneroka pengaruh Internet dalam aspek meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang autisme. Peserta kajian teridir daripada 285 orang dewasa awal, berumur 19 hingga 29 tahun dari Bangi, Batu Caves dan Senggarang. Melalui kajian ini, pengkaji mengetahui bahawa ramai golongan dewasa awal mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang autisme tetapi mempunyai kesedaran yang rendah.

Item Type:Article
Keywords:Autisme; Internet; Pengetahuan; Kesedaran; Dewasa awal
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20020
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 02:49
Last Modified:04 Oct 2022 06:27

Repository Staff Only: item control page