Tingkah laku delinkuen pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya

Nik Nursyairah Nik Nordin, and Mohd Nasir Selamat, (2018) Tingkah laku delinkuen pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Tingkah laku delinkuen merupakan salah laku yang sering diperbahaskan dalam kehidupan seharian. Pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada berlakunya salah laku ini, seperti melibatkan peranan ahli keluarga, sistem pendidikan dan juga sikap masyarakat setempat. Salah laku ini boleh memberi kesan buruk kepada pelajar dan mewujudkan pelbagai gejala sosial lain seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah yang seterusnya memberi kesan kepada masyarakat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah. Seramai 211 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan dan instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Indikator seperti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar, aspek tingkah laku delinkuen dan latar belakang responden akan dikenalpasti melalui borang soal selidik yang digunakan. Perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23 digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan objektif yang dibentuk. Hasil kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar berbanding faktor ibu bapa dan rakan sebaya. Secara kesimpulannya, guru dan keluarga memainkan peranan penting bagi mengawal pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan tingkah laku delinkuen.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku delinkuen; Salah laku; Gejala sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20261
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 01:43
Last Modified:25 Oct 2022 08:32

Repository Staff Only: item control page