Konsep, amalan pengurusan dan pelaksanaan KBAT di kalangan pentadbir dari sudut persepsi guru di sekolah jajahan Kota Bharu

Nabihah Mohd Nawi, and Mohamed Yusoff Mohd Nor, (2018) Konsep, amalan pengurusan dan pelaksanaan KBAT di kalangan pentadbir dari sudut persepsi guru di sekolah jajahan Kota Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
303kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar dalam berfikir serta meningkatkan inovasi di dalam semua mata pelajaran yang di ketengahkan, di samping menambahbaik sistem untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua mata pelajaran, merupakan salah satu langkah pelaksanaan yang perlu dilakukan. Jika lihat kepada kajian Yee, et al. (2010) pelajar akan menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus, kerana beliau mengatakan pelajar pada masa kini jarang cenderung menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mencipta idea. Oleh itu, kajian ini di jalankan bertujuan untuk mengenalpasti konsep, amalan pengurusan serta pelaksanaan KBAT melalui persepsi guru terhadap pentadbir di sekolah jajahan Kota Bharu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Persampelan bagi kajian ini seramai 120 orang responden. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian (SPSS) dan di nilai berdasarkan min dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman konsep KBAT serta kreatif daninovasi pentadbir berada pada tahap tinggi. Manakala, pelaksanaan dan pengurusan berada pada tahap sederhana. Implikasi dari kajian ini mendapati bahawa pentadbir perlu diberi pendedahan melalui kursus, bengkel dan latihan dalam perkhidmatan supaya dapat menggalakkan guru memberi penerapan KBAT kepada murid akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); Konsep; Amalan pengurusan; Pelaksanaan; Persepsi guru
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20276
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 08:03
Last Modified:25 Oct 2022 08:47

Repository Staff Only: item control page