Nur Salihah Ismail, and Yew, Vivien W.C. (2018) Pantang larang Tahun Baru Cina komuniti Baba Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-17. ISSN 2600-9501
|
PDF
532kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Abstract
Masyarakat Baba-Nyonya ialah masyarakat berketurunan Cina yang tinggal di kawasan Melayu dan mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu. Mereka telah mengalami penyesuaian cara hidup dan menerima pengaruh sosio-budaya terhadap persekitaran mereka dan mencipta budaya yang tersendiri. Sehingga kini masyarakat Baba-Nyonya masih menjadikan amalan pantang larang dan pegangan masyarakat Melayu dan Cina dalam kehidupan seharian mereka. Kajian lepas banyak membincang tentang amalan budaya seharian masyarakat ini tetapi kurang menyentuh tentang amalan pantang larang yang mereka mengamalkan sebelum dan semasa perayaan Tahun Baru Cina yang masyarakat ini turut merayai. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan pantang larang perayaan Tahun Baru Cina masyarakt Baba-Nyonya serta menginterpretasikan makna social di sebalik amalan pantang larang tersebut. Berdasarkan kaedah kualitatif, kajian ini menemubual secara mendalam enam orang informen Baba-Nyonya di Melaka. Hasil kajian menunjukkan amalan pantang larang Baba-Nyonya memang banyak dari hari-hari sebelum perayaan sehingga tamatnya perayaan Tahun Baru Cina. Dari segi makna sosial di sebalik amalan pantang larang masyarakt Baba, pantang larang dilihat sebagai suatu cara untuk mengekalkan kesejahteraan hidup serta kawalan sosial bagi manusia memandu kehidupan yang lebih berkat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Baba; Cina; Masyarakat; Melaka; Pantang larang |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20283 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2022 00:24 |
Last Modified: | 25 Oct 2022 09:02 |
Repository Staff Only: item control page