Kepuasan dan pengalaman pelajar terhadap edupelancongan kampus

Auni Aisha Mohd Nawi, and Habibah Ahmad, (2018) Kepuasan dan pengalaman pelajar terhadap edupelancongan kampus. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
865kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Edupelancongan adalah suatu perjalanan untuk tujuan pendidikan formal mahupun tidak formal. Edupelancongan juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat dalam persekitaran semula jadi, sejarah dan budaya yang unik. Mulanya edupelancongan diperkenalkan di negara-negara maju yang melibatkan pelajar universiti serta pelajar sekolah. Makalah ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti dan pengalaman program edupelancongan hutan hujan tropika yang dianjurkan oleh Edupelancongan UKM Bangi daripada perspektif pelajar sekolah yang telah menyertai program ini. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik secara persampelan bertujuan. Sebanyak 51 pelajar sekolah rendah yang merupakan peserta Program Edupelancongan di Kampus UKM Bangi terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti yang dianjurkan oleh Program Edupelancongan Kampus UKM Bangi telah memberi kesan yang positif kepada pesertanya. Para pesertanya dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan mempelajari ekosistem alam semula jadi hutan hujan tropika. Program ini turut memberi pengalaman yang bermakna di samping menambah pengetahuan pelajar sekolah terhadap hutan hujan tropika. Kesimpulannya, aktiviti dalam setiap program yang dianjurkan mempengaruhi keberkesanan serta memberi pengalaman kepada pesertanya. Ini dibuktikan apabila di akhir program, peserta gembira, dan menghayati sikap prihatin dan menyayangi alam semula jadi.

Item Type:Article
Keywords:Edupelancongan; Pelajar; Hutan hujan tropika; Pengalaman pembelajaran; UKM Kampus Bangi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20360
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:08
Last Modified:02 Nov 2022 03:29

Repository Staff Only: item control page