Perubahan penggolongan leksikal slanga dalam kalangan pempengaruh media sosial : analisis medan makna

Mohamad Suhaizi Suhaimi, and Fatin Syamira Shamsull, (2022) Perubahan penggolongan leksikal slanga dalam kalangan pempengaruh media sosial : analisis medan makna. Jurnal Melayu, 21 (2). pp. 51-69. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menonjolkan mengenai pengaplikasian slanga dan perubahan penggolongan kata serta medan makna dalam kalangan personaliti media sosial Instagram yang telah dipilih. Bagi merealisasikan kajian ini, pengkaji telah berpaksikan kepada dua objektif utama, iaitu mengenal pasti bahasa slanga yang digunakan oleh pempengaruh media sosial mengikut penggolongan kata dan juga menganalisis makna konotatif dan denotatif terhadap bahasa slanga yang digunakan. Bertepatan dengan objektif satu, pengkaji telah memilih pendekatan daripada Nik Safiah Karim et al. (2015) yang telah menggariskan empat jenis penggolongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan juga kata tugas. Bagi objektif kedua pula, kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan daripada Norizah Ardi et al. (2011) yang mengetengahkan medan makna kepada dua, iaitu makna konotatif dan juga makna denotatif. Sebanyak 50 leksikal slanga telah dianalisis dengan menggunakan tiga kaedah kajian, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah kepustakaan dan juga kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan muda zaman kini sememangnya menggunakan slanga dalam perbualan seharian dan telah berlakunya perubahan penggolongan kata berdasarkan makna konotatif sesebuah leksikal slanga. Secara keseluruhannya, majoriti perkataan yang ditemui telah mengalami perubahan penggolongan kata dan kajian ini dilihat mampu memberi sumbangan kepada bidang sosiolinguistik, morfologi dan juga bidang-bidang utama bahasa Melayu yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Instagram; Medan makna; Pempengaruh media sosial; Penggolongan kata; Slanga
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:20518
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 03:33
Last Modified:16 Nov 2022 02:50

Repository Staff Only: item control page