Azmil Hashim, and Bahariah Ab Rahman, and Hamdi Ishak, (2017) Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah pendengaran). JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 9 (2). pp. 1-11. ISSN 1985-6236
|
PDF
248kB |
Official URL: http://jiae.pimm.my/2017/12/17/volume-9-issue-2-20...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran bidang tilawah al-Quran kepada murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran (Program Pendidikan Khas Integrasi) sekolah rendah dari aspek amalan pengajaran guru termasuk penggunaan kurikulum kebangsaan. Seramai dua orang guru dari dua buah Sekolah Kebangsaan yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah pendengaran) telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Bagi memperolehi data, pengkaji menggunakan pendekatan kajian kualitatif.Pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi memperolehi data, antara kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis data. Kesahan data dilakukan pengesahan pakar, bertaklimat dan pengesahan peserta kajian. Dapatan menunjukkan peserta kajian merancang pengajaran menggunakan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kebangsaan, akan tetapi terdapat pengubahsuian dalam pengolahan isi pengajaran masing-masing. Selain itu juga pengkaji mendapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah berkaitan dengan keperluan murid bermasalah pendengaran dari sudut pedagogi, kemahiran dan komunikasi. Secara keseluruhannya peserta kajian menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam untuk mendidik murid-murid bermasalah pendengaran. Diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran kepada murid bermasalah pendengaran dalam bidang tilawah al-Quran khususnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan; Pengajaran; Pembelajaran; Program pendidikan khas integrasi; Bermasalah pendengaran |
Journal: | JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education |
ID Code: | 20906 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Dec 2022 07:32 |
Last Modified: | 30 Dec 2022 03:17 |
Repository Staff Only: item control page