Aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik dalam karbon nanotiub merentasi plat bergerak dengan kesan gelinciran dan radiasi terma

Izamarlina Asshaari, and Firdaus Mohd Hamzah, and Alias Jedi, (2022) Aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik dalam karbon nanotiub merentasi plat bergerak dengan kesan gelinciran dan radiasi terma. Jurnal Kejuruteraan, 34 (SI5(2)). pp. 91-99. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/

Abstract

Lapisan sempadan momentum dan terma yang diransang oleh aliran magnetohidrodinamik (MHD) pada permukaan plat bergerak dalam karbon nanotiub dinding tunggal dan multidinding (SWCNT dan MWCNT) dengan kesan gelinciran dan radiasi terma dikaji. Model matematik nanobendalir yang melibatkan persamaan pembezaan separa menakluk diterbitkan. Kemudian, model matematik ini dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa peringkat tinggi melalui kaedah penjelmaan keserupaan yang yang kemudiannya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan kaedah atur cara boundary value problem with fourth-order accuracy (bvp4c) dalam perisian MATLAB. Pengaruh parameter-parameter yang berkaitan seperti pecahan isipadu nanozarah, kesan medan meagnet, kesan gelinciran dan radiasi terma pada pemindahan haba dianalisis dan dibincangkan. Didapati penyelesaian dual wujud dalam aliran menentang. Kajian juga mendapati fluks haba pada permukaan plat meningkat dengan peningkatan kesan gelinciran. Kadar pemindahan haba pada permukaan plat dalam SWCNT-air lebih tinggi berbanding MWCNT-air.

Item Type:Article
Keywords:Lapisan sempadan; Pemindahan haba; MHD; karbon nanotiub
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21439
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:04 Apr 2023 01:30
Last Modified:05 Apr 2023 02:30

Repository Staff Only: item control page