Izamarlina Asshaari, and Firdaus Hamzah, (2022) Aliran mantap MHD dalam nanobendalir hibrid merentasi plat bergerak dengan analisis regresi. Jurnal Kejuruteraan, 34 (SI5(2)). pp. 159-168. ISSN 0128-0198
|
PDF
2MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/
Abstract
Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra merentasi plat bergerak dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet, gelinciran dan radiasi terma dikaji. Persamaan keselanjaran, momentum dan tenaga bagi permasalahan ini dijelmakan kepada persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Seterusnya, persamaan keserupaan ini diselesaikan secara berangka menggunakan fungsi bvp4c dalam perisian MATLAB. Kesan beberapa parameter terhadap pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat dibentangkan dan dibincangkan. Keputusan menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud bagi julat tertentu untuk parameter pecahan isi padu nanozarah. Didapati juga kadar pemindahan haba meningkat dengan peningkatan parameter kesan medan magnet. Analisis regresi juga dijalankan untuk menganggarkan nilai nombor Nusselt setempat .
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemindahan haba; Nanobendalir hibrid; Persamaan keserupaan; Analisis regresi |
ID Code: | 21447 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 04 Apr 2023 03:25 |
Last Modified: | 05 Apr 2023 02:46 |
Repository Staff Only: item control page