Sofiah Md. Auzair, and Ramy Basloom, and Muslim Har Sani, and Amizawati Mohd Amir, (2022) Pengaruh krisis peperangan terhadap amalan perakaunan pengurusan perusahaan kecil sederhana (PKS) di Yaman. Asian Journal of Accounting and Governance, 18 . pp. 177-189. ISSN 2180-3838
|
PDF
413kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/ajac/issue/view/1555
Abstract
Kajian ini meneroka amalan perakaunan pengurusan (APP) di perusahaan kecil sederhana (PKS) di Yaman yang berhadapan krisis peperangan semenjak tahun 2015. Situasi krisis dioperasikan sebagai ketidakpastian faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi (PEST) manakala APP dikaji dari perspektif APP kontemporari dan tradisional. Menggunakan asas teori kontingensi dengan pendekatan konfigurasi, kajian ini menjangkakan PKS di Yaman akan memberi penekanan yang berbeza terhadap APP tradisional dan kontemporari dipengaruhi oleh persepsi kestabilan politik dan ekonomi, serta kemajuan sosial dan teknologi. Sebanyak 287 soalselidik telah diedarkan kepada pengurus atasan PKS di lima wilayah negara Yaman iaitu Sana, Aden, Hadhramout, Taiz, and AlHodiadah. Nilai min bagi kesemua faktor PEST yang rendah menyokong persepsi terhadap situasi krisis di Yaman. Bagi menguji hipotesis, dua kluster firma PKS telah dibentuk. Di dapati, Kluster 1 yang memaparkan PKS dalam keadaan politik dan ekonomi lebih stabil dan situasi sosial dan teknologi lebih maju telah menekankan penggunaan APP tradisional berbanding APP kontemporari. Manakala PKS Kluster 2 memaparkan keadaan politik dan ekonomi kurang stabil dan situasi sosial dan teknologi kurang maju memberi penekanan hampir sama terhadap APP tradisional dan APP kontemporari. Sejajar dengan jangkaan, firma PKS di kluster 1 yang menghampiri padanan kerangka kontingensi telah menunjukkan prestasi firma yang lebih baik berbanding kluster 2. Penemuan ini memberi implikasi tentang kepentingan pemahaman dan amalan APP yang sesuai walaupun berada dalam situasi krisis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan Perakaunan Pengurusan (APP); Yaman; politik; Ekonomi; sosial; Teknologi; Teori kontingensi |
Journal: | Asian Journal of Accounting and Governance |
ID Code: | 21485 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 14 Apr 2023 04:12 |
Last Modified: | 17 Apr 2023 01:29 |
Repository Staff Only: item control page