Ekskavasi arkeologi di storeroom, Fort Cornwallis, Penang

Nurul Ain Mohamad Ali, and Mokhtar Saidin, and Shaiful Shahidan, and Ahmad Fadly Jusoh, (2023) Ekskavasi arkeologi di storeroom, Fort Cornwallis, Penang. Jurnal Arkeologi Malaysia, 36 (1). pp. 1-12. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/i...

Abstract

Pembinaan kubu kota pertahanan Fort Cornwallis oleh British telah menunjukkan perkembangan yang signifikan terhadap petempatan awal di Pulau Pinang. Sepanjang abad ke-19, Fort Cornwallis berperanan penting sebagai simbol perlindungan dan kekuasaan British di rantau Asia Tenggara. Namun begitu, Fort Cornwallis sering dianggap sebagai sebuah kota yang tidak mampu memanfaatkan fungsi kota dari segi saiz dan kelengkapan ketenteraan sebagai kubu pertahanan. Seiring dengan peredaran masa, Fort Cornwallis telah mengalami evolusi fungsi dan reka bentuk yang jelas dapat dilihat pada kawasan storeroom. Dokumentasi terdahulu di Fort Cornwallis tidak menggambarkan kewujudan struktur awal yang dibina di kawasan ini. Peralihan pemerintahan dan perubahan fungsi, beberapa struktur asal kota ini masih utuh dan dapat membantu dalam memberikan interpretasi umum kebudayaan masyarakat yang pernah berlaku di storeroom. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan kajian ekskavasi arkeologi yang dilakukan pada tahun 2019, dengan memfokuskan pada jumpaan struktur sub-permukaan dan artifak. Jumpaan artifak dan struktur yang ditemui mempunyai hubungan dengan tempoh pendudukan British dan Jepun di Fort Cornwallis pada abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-20. Kepentingan monumen kebangsaan ini bukan sahaja bukti seni bina ketenteraan dan pertahanan di Malaysia. Malah, Fort Cornwallis memainkan peranan penting sebagai arkib in situ bagi deposit arkeologi dan struktur yang berkait rapat dengan kehidupan di dalam kota serta menggambarkan sebahagian sejarah negara suatu ketika dahulu.

Item Type:Article
Keywords:Fort Cornwallis; Pulau Pinang; Kolonial; SHTI; Ekskavasi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:21650
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jun 2023 03:12
Last Modified:01 Jun 2023 03:12

Repository Staff Only: item control page