Penguatkuasaan dasar monopoli kerajaan oleh British dan kesannya terhadap perdagangan candu di Selangor, 1911-1941

Nur Azrin Mohammed Mohayaddin, and Adnan Jusoh, (2023) Penguatkuasaan dasar monopoli kerajaan oleh British dan kesannya terhadap perdagangan candu di Selangor, 1911-1941. Jurnal Arkeologi Malaysia, 36 (1). pp. 13-28. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
636kB

Official URL: https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/i...

Abstract

Artikel ini memfokuskan mengenai penguatkuasaan Dasar Monopoli Kerajaan oleh British terhadap perdagangan candu di Selangor dari tahun 1911 hingga 1941. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan senario perdagangan candu di Selangor setelah British melaksanakan Dasar Monopoli Kerajaan bagi menggantikan Sistem Pajakan Hasil yang selama ini diamalkan. Di samping itu, penulisan ini juga turut membincangkan kesan Dasar Monopoli Kerajaan yang dikuatkuasakan oleh British dalam perdagangan candu terhadap sektor ekonomi negeri Selangor sepanjang tempoh tersebut. Kaedah kualitatif digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan dan dokumen. Manakala sumber sekunder pula adalah dengan merujuk buku, artikel dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat banyak pembaharuan yang dilakukan oleh British namun kesemuanya mengambil kira kepentingan pihak mereka sahaja tanpa mengira kesannya terhadap masyarakat tempatan. Menerusi dasar ini, pihak British mengawal keseluruhan proses perdagangan candu termasuklah proses import hingga kepada pemberian lesen jualan kepada peniaga. Selain itu, mereka turut mampu mengawal kegiatan candu yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan itu sahaja, pihak British turut berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi kesan daripada dasar yang diperkenalkan yang tidak pernah mereka peroleh sebelum ini. Namun British akhirnya akur, kemelesetan ekonomi dunia dan penurunan terhadap permintaan bijih timah turut menyebabkan permintaan candu juga mengalami penurunan yang mendadak dan akhirnya dikeluarkan daripada bajet Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1943 sebelum British memutuskan pengharaman candu secara total.

Item Type:Article
Keywords:Selangor; Pentadbiran British; Dasar Monopoli Kerajaan, Sistem Pajakan Hasil Candu; Candu
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:21651
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jun 2023 03:20
Last Modified:01 Jun 2023 05:17

Repository Staff Only: item control page