Maryam Norazan, (2023) Perbezaan faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar dengan tahap efikasi kendiri dan pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza guru bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 13 (1). pp. 38-49. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
379kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...
Abstract
Guru yang memiliki efikasi kendiri yang tinggi akan berupaya untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik, efektif dan optimum kepada semua murid melalui pendekatan pengajaran terbeza yang dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri serta pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza guru Bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar. Kajian ini melibatkan seramai 165 orang responden yang dipilih menerusi pensampelan rawak mudah serta terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar di daerah Kulai. Data telah dianalisis secara inferensi menggunakan ujian-t dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan pada tahap efikasi kendiri guru lelaki dan guru perempuan. Namun begitu, terdapat perbezaan signifikan pada tahap efikasi kendiri guru berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar. Bagi pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza berdasarkan faktor jantina, dapatan memperlihatkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru perempuan dengan guru lelaki. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor demografi turut mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru Bahasa Melayu sekolah rendah serta pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza yang dilakukan. Oleh itu, guru Bahasa Melayu sekolah rendah yang memiliki efikasi kendiri yang tinggi akan berupaya untuk melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dengan lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Efikasi kendiri guru; Guru sekolah rendah; Pendekatan terbeza; Bahasa Melayu |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 22018 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 03 Aug 2023 05:23 |
Last Modified: | 07 Aug 2023 06:45 |
Repository Staff Only: item control page