Isu dan cabaran ChatGPT terhadap pengajian Islam

Adawiah Hosni, and Mohd Farhan Md Ariffin, and Hamdi Ishak, (2023) Isu dan cabaran ChatGPT terhadap pengajian Islam. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (1). i-xvii. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Penggunaan ChatGPT merupakan satu aplikasi AI baru yang sedang berkembang dalam kalangan masyarakat. Kepintaran ChatGPT dirancang menyerupai kepintaran mirip bahasa manusia dan mampu memproses data-data teks terdahulu menjadikannya satu aplikasi yang mudah, pantas dan efisyen untuk dijadikan platform rujukan. Kecanggihannya mengumpul dan menapis semua data yang terdapat dalam internet sangat membantu golongan agamawan, pelajar bidang Pengajian Islam serta masyarakat Islam mencari penyelesaian bagi suatu permasalahan agama. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan pada aplikasi ChatGPT ini seperti mengulang-ulang maklumat yang umum, maklumat yang terhad dan maklumat yang tidak tepat. Tujuan utama artikel ini ditulis untuk membincangkan isu-isu dan cabaran Pengajian Islam di era perkembangan teknologi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Maklumat dikumpulkan dengan menganalisis isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam Pengajian Islam era Revolusi Industri 4.0 berdasarkan kepada literatur dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Umumnya berdasarkan kajian-kajian lepas, ChatGPT memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan seperti bidang industri, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Dapatan kajian mendapati ChatGPT dan Cabaran Pengajian Islam melibatkan isu kredibiliti dan integriti ilmu Islam, isu plagiarisme dan penipuan serta isu ketanggungjawaban dan etika AI. Implikasi kajian menemukan penggunaan ChatGPT dan AI yang lain mestilah berlandaskan hukum syarak.

Item Type:Article
Keywords:ChatGPT; Cabaran; Pengajian Islam; Hukum syarak
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22089
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 02:44
Last Modified:17 Aug 2023 01:28

Repository Staff Only: item control page