Buli siber: gangguan seksual siber terhadap selebriti di laman media sosial Instagram

Liyana Mohd Ramly, and Mohd Azul Mohamad Salleh, (2023) Buli siber: gangguan seksual siber terhadap selebriti di laman media sosial Instagram. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 200-223. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
973kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Pengguna Instagram terutamanya dalam kalangan selebriti di Malaysia berdepan dengan risiko buli siber seperti menerima mesej langsung berunsur lucah di dalam talian yang turut dikenali dengan gangguan seksual siber. Gangguan seksual siber ini merangkumi tingkah laku yang menggunakan kandungan digital di pelbagai laman media sosial yang berbeza. Kajian ini meneliti salah satu daripada aspek buli siber iaitu mesej berunsurkan gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan selebriti di Instagram. Kajian dilaksanakan terhadap selebriti yang menerima buli siber dalam kategori gangguan seksual siber untuk melihat kesan emosi dan tindakan menangani yang telah diambil oleh selebriti terhadap pelaku buli siber tersebut. Temubual secara mendalam telah dijalankan terhadap 13 informan yang terdiri daripada selebriti lelaki dan wanita di Malaysia. Hasil kajian ini turut membuktikan bahawa kaum lelaki turut menjadi mangsa gangguan seksual siber di zaman sekarang. Kesan emosi yang telah dikenalpasti dari mangsa buli siber jenis gangguan seksual siber ini adalah merasa takut, trauma, marah, tertekan, terganggu, sakit hati dan mangsa turut merasa seperti sentiasa diperhatikan. Tindakan menangani yang sering dipraktikkan oleh selebriti adalah mengabaikan dan sekat pelaku. Namun, gangguan seksual siber ini seharusnya tidak dipandang remeh kerana ia merupakan gejala yang serius. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat banyak kesan emosi yang dialami oleh selebriti. Justeru, selebriti menggunakan pelbagai jenis tindakan dalam satu masa untuk menangani situasi buli siber yang dialami. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan satu jenis tindakan tertentu tidak menghalang penggunaan jenis tindakan yang lain oleh selebriti. Penyelidikan akan datang boleh mengkaji sama ada tindakan tersebut berkesan atau tindakan tersebut tidak berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Gangguan seksual siber; Buli siber; Instagram; Selebriti; kesan emosi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22214
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 01:01
Last Modified:19 Sep 2023 03:12

Repository Staff Only: item control page