Impak dari program mahasiswa ke masyarakat (M2M) kepada pelajar dan komuniti dalam penyebaran ilmu risiko ergonomik

Nor Kamaliana Khamis, and Mohd Faizal Mat Tahir, and Meor Iqram Meor Ahmad, and Mohd Anas Mohd Sabri, (2023) Impak dari program mahasiswa ke masyarakat (M2M) kepada pelajar dan komuniti dalam penyebaran ilmu risiko ergonomik. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (1). pp. 163-184. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/index

Abstract

Graduan yang berkualiti bukan sahaja berjaya dalam akademik, tetapi juga sahsiahnya, Sesuatu program universiti pada masa kini tidak hanya terarah kepada pencapaian akademik semata-mata. Hasil program dalam sesuatu program dalam masa sekarang juga menimbangkan atribut berkaitan komunikasi sama ada dengan ahli atau masyarakat dan juga kerja berkumpulan. Artikel ini mengkaji peranan mahasiswa dalam menyebarkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada masyarakat atau komuniti di luar. Masyarakat ketika ini bergelumang dengan pelbagai isu masalah kesihatan dan juga keselamatan bukan sahaja di luar rumah malahan juga di rumah sendiri. Oleh itu, pendekatan memperkasakan masyarakat melibatkan program kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan perlu dilakukan. Kajian ini melibatkan program perkongsian ilmu dari sebahagian mahasiswa Tahun Akhir Program Kejuruteraan Mekanikal kepada segelintir masyarakat dalam pelbagai peringkat berkenaan isu ergonomik. Kaedah temubual antara kumpulan pelajar dan komuniti merupakan kaedah utama dalam program ini. Hasil program ini menunjukkan, tahap kesedaran masyarakat bertambah baik melalui perkongsian ilmu risiko ergonomik. Selain itu, pemahaman pelajar juga bertambah baik melalui program ini. Kajian ini menunjukkan program yang berkaitan amalan merentasi pelbagai komuniti dapat membantu mahasiswa dalam memastikan pemahaman yang lebih baik dapat dicapai dalam sesuatu perkara.

Item Type:Article
Keywords:Ergonomik; Kejuruteraan; Komuniti; Mahasiswa; M2M
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:22346
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:12 Oct 2023 04:57
Last Modified:17 Oct 2023 01:01

Repository Staff Only: item control page