Penerapan konsep pembelajaran terbeza: kandungan, proses, produk dan persekitaran terhadap pelajar pintar dan berbakat

Siti Aishah Hassan, and Afifah Mohamad Radzi, and Che Suriani Kiflee, and Rorlinda Yusof, (2023) Penerapan konsep pembelajaran terbeza: kandungan, proses, produk dan persekitaran terhadap pelajar pintar dan berbakat. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 27-37. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
826kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kertas ini menilai penerapan konsep pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas pelajar pintar dan berbakat di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM. Kepelbagaian dan keunikan setiap pelajar yang semakin ketara hari ini memerlukan strategi pengajaran yang sesuai. Begitu juga dengan Pelajar Pintar Berbakat (PPB) yang mempunyai bakat dan potensi pembelajaran yang berlainan dan memerlukan perhatian khusus. Dengan itu, Kaedah Terbeza (Differentiated Instruction) dikemukakan sebagai penyelesaian utama kepada keperluan PPB ini walaupun ianya amat mencabar. Pemantapan dalam kaedah terbeza dalam PPB perlu diperkukuhkan agar keseronokan belajar dalam kalangan PPB tidak membosankan dan memenuhi keperluan mereka. Selain itu, kertas ini juga memfokuskan kepada empat konsep utama dalam pembelajaran terbeza iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran. Setiap daripada konsep pembelajaran terbeza menghasilkan kepelbagain teknik, serta aktiviti yang boleh meningkatkan tahap keaktifan serta minta dan menambahkan lagi kreativiti antara PPB ketika belajar. Oleh itu, hasil pelaksanaan pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas PPB menunjukkan sangat sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran pintar dan berbakat.

Item Type:Article
Keywords:Terbeza; Pengajaran; Pembelajaran; Pintar dan berbakat
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22469
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Nov 2023 02:59
Last Modified:14 Nov 2023 04:09

Repository Staff Only: item control page