Sultan Baginda Omar: pencetus perkembangan kegiatan ekonomi perusahaan di Terengganu pada abad ke-19

Norazilawati Abd Wahab, and Ruzaini Sulaiman@Abd. Rahim, and Arba’iyah Mohd Noor, and Mohd Firdaus Abdullah, (2023) Sultan Baginda Omar: pencetus perkembangan kegiatan ekonomi perusahaan di Terengganu pada abad ke-19. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 145-158. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593

Abstract

Perkembangan ekonomi di Terengganu pada abad ke-19 dilihat unik ekoran turut mementingkan ekonomi lain seperti ekonomi perusahaan. Perusahaan yang merujuk kepada satu bentuk hasil kerja yang menggunakan tangan sepenuhnya merupakan antara kepakaran masyarakat Melayu di Terengganu ketika itu. Hasilnya, pelbagai kegiatan perusahaan berjaya berkembang seperti kegiatan perusahaan tekstil, tembaga dan perahu. Situasi ini menunjukkan bahawa pemerintah Terengganu pada ketika itu yang merujuk kepada Sultan Baginda Omar telah menyedari kepentingan ekonomi dari bawah dalam melengkapi kebergantungan ekonomi yang sedia ada seperti perdagangan, pertanian dan perikanan. Malah, ia juga menunjukkan bahawa baginda merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat Melayu di Terengganu melalui kegiatan ekonomi yang dinyatakan. Maka dengan itu, artikel ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kejayaan ekonomi perusahaan di Terengganu yang dipelapori dan dimulakan oleh Sultan Baginda Omar pada abad ke-19. Selain itu, artikel ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan ekonomi perusahaan seperti tekstil, tembaga dan perahu membawa kepada kesungguhan dan tindakan Sultan Baginda Omar dalam memartabatkannya sebagai salah satu kekuatan ekonomi Terengganu dalam tempoh yang dinyatakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia seperti Koleksi Surat-surat Baginda Omar Terengganu, CO 840/1 (Terengganu Administration Report, 1910-1930) dan CO 840/2 (Terengganu Administration Report 1931-1940). Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal, buku, bab buku dan majalah bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati, tindakan Sultan Baginda Omar dalam memartabatkan ekonomi dari bawah iaitu ekonomi perusahaan di Terengganu pada abad ke-19, dilihat meraih kejayaan yang tersendiri sehingga Terengganu digelar sebagai Birmigham of the Peninsula. Malah, status masyarakat Melayu di Terengganu juga turut berubah kepada posisi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Item Type:Article
Keywords:Sultan Baginda Umar; Terengganu; Birmigham of the Peninsula; Perusahaan; Ekonomi dari bawah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22606
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Nov 2023 02:22
Last Modified:27 Nov 2023 02:22

Repository Staff Only: item control page