Perkembangan perikanan laut Terengganu: 1964-1984

Rosmaliza Daud, and Al-Amril Othman, and Zuliskandar Ramli, (2023) Perkembangan perikanan laut Terengganu: 1964-1984. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 89-115. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
572kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejarah industri perikanan laut di Malaysia dengan mengkhususkan kepada industri perikanan laut di negeri Terengganu pada tahun 1964 hingga 1984. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber pertama yang melibatkan rekod-rekod, dokumen-dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan tajuk kajian yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, di Kuala Terengganu. Dalam penelitian kualitatif ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian kepustakaan, sumber lisan melalui temu bual di kawasan kajian supaya kajian ini mengambil kira pemikiran mereka dalam industri perikanan terutamanya dalam industri perikanan laut. Artikel ini bertujuan untuk meneliti perkembangan industri perikanan laut di Terengganu. Ikan merupakan sumber protein, pendapatan dan perdagangan utama bagi setiap nelayan. Undang-undang perikanan laut di Malaysia bermula selepas kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Undang-Undang Perikanan di Malaysia digubal pada tahun 1963, 1977 dan 1984. Undang-Undang Perikanan yang dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan penstrukturan organisasi kerja dalam industri perikanan laut menjadi lebih sistematik. Oleh itu, organisasi kerja menjadi lebih tersusun. Dengan itu, hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan kejayaan dalam industri perikanan laut Terengganu, kerana organisasi yang menguruskan industri perikanan laut Terengganu memiliki kekuatan dalam semua aspek termasuk dalam memberi latihan kepada penggiat dalam industri perikanan laut Terengganu, sama ada untuk pembangunan modal insan, dan mereka yang terlibat dalam industri hiliran secara holistik.

Item Type:Article
Keywords:Perikanan laut; Terengganu; Undang-Undang Perikanan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22925
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:04
Last Modified:22 Jan 2024 03:18

Repository Staff Only: item control page