Pendokumentasian warisan watan Alam Melayu yang terancam pupus: fokus pada amalan Untunᵗ Kedurok Suku Ketungau Sesat

Mangku, Hendrikus and Chong, Shin and Dewanda, Dominikus (2023) Pendokumentasian warisan watan Alam Melayu yang terancam pupus: fokus pada amalan Untunᵗ Kedurok Suku Ketungau Sesat. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 141-152. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Istilah untunt kedurok merupakan amalan perubatan tradisional suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat. Amalan ini bertujuan untuk mengubati pesakit yang berpunca daripada gangguan roh orang yang telah meninggal. Susulan daripada permodenan dalam perubatan dan agama, petua perubatan kian pupus ini dan kini hanya dikenali oleh segelintir golongan tua sahaja. Sebagai salah satu warisan watan, adalah pendokumensian dilakukan sebelum ianya pupus. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan permerhatian ikut serta untuk mengumpulkan data secara kualitatif daripada lapangan. Hasil kajian akan dideskripsikan secara terperinci sejajar dengan pendekatan pendokumentasian. Hasil kajian menunjukkan bahawa untunt kedurok diamalkan untuk mengubati penyakit ringan seperti loya, muntah, pening dan badan kurang selesa. Seperti amalan perubatan tradisional lain, terdapat beberapa prosedur yang terlibat, iaitu persiapan, menukar darah pesakit, betanyo, minto pemulang, pengembalian darah. Sepanjang proses pengubatan, turut disertakan dengan bacaan mantera yang berkaitan. Melalui paparan yang berstruktur ini, senario pengamalan tradisi warisan tradisi ini telah dibentangkan dan seterusnya didokumentasikan sebagai arkib untuk rujukan generasi masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Untunt Kedurok; Perubatan tradisional; Ketungau sesat; Rambut
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22931
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:03
Last Modified:22 Jan 2024 03:20

Repository Staff Only: item control page